MERHROM Bantah Penghantaran Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Bimbang Dikerah Jadi Tentera

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 06:32:43

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar di Malaysia (MERHROM) menggesa semua pihak agar menghentikan proses penghantaran pulang kira-kira 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana bimbang keselamatan mereka tidak dapat dijamin.

Presidennya, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, keputusan membawa pulang pelarian berkenaan perlu dipertimbangkan dengan serius memandangkan keadaan di Myanmar masih belum selamat.

Advertisement

Merhrom

Menurutnya, kerajaan Myanmar tidak boleh dipercayai sepenuhnya untuk melindungi komuniti Rohingya ketika konflik dan keganasan masih berterusan.

“Kerajaan Myanmar tidak boleh dipercayai untuk melindungi keselamatan kami apabila pembun*han masih lagi berlaku ketika ini.

“Jika dihantar pulang, kami akan dipaksa menyertai tentera kerahan tanpa latihan.

“Kami digunakan sebagai perisai manusia bagi pihak tentera Myanmar dalam perang mereka terhadap kumpulan etnik berbeza di sana,” katanya dalam satu kenyataan.

Zafar mendakwa perkara itu menjadi antara sebab utama kerajaan Myanmar bersetuju menerima semula pelarian Rohingya, namun beliau berpandangan tindakan tersebut berisiko membahayakan nyawa mereka.

Beliau turut menggesa ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa supaya tidak membenarkan penghantaran pulang dibuat tanpa jaminan keselamatan yang kukuh.

“Kami berharap kerajaan Malaysia berbincang bersama UNHCR dan wakil komuniti Rohingya sebelum membahayakan nyawa 5,000 pelarian.

“Tidak mungkin kami boleh pulang dengan selamat apabila genosid ke atas kami masih berlaku, malah kes Rohingya di Mahkamah Antarabangsa (ICJ) masih berlangsung,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Myanmar dilaporkan bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil rundingan diplomatik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu merupakan langkah awal dalam menangani isu pelarian di Malaysia.

Bagaimanapun, perkara tersebut mencetuskan kebimbangan kumpulan hak asasi yang berpendapat sebarang proses penghantaran pulang perlu mengambil kira aspek keselamatan, hak asasi manusia serta prinsip kepulangan secara selamat dan sukarela. – HARIAN METRO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fathi naim
2026-07-30 16:41:03

Mahkamah Tinggi Bebaskan Pendakwah Bebas Fathi Na’im Daripada Tiga Pertuduhan Rogol Dan Amang Seksual

MERHROM Bantah Penghantaran Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Bimbang Dikerah Jadi Tentera first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts