“Imej Aku Macam Ni, Tak Sesuai La” – Kak KM Akui Belum Bersedia Tunaikan Haji, Pasang Niat Tutup Aurat

by Oh! Semput


5
SHARES
66
VIEWS
Posted on 07 Nov 2026 06:31:03

Usahawan dan pempengaruh, Kak KM mengakui dirinya masih belum bersedia untuk menunaikan ibadah haji, meskipun sudah menerima doa daripada pendakwah bebas, Ustazah Asni Abu Mansor.

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata Ustazah Asni pernah menitipkan doa agar mereka dapat menunaikan ibadah haji bersama.

Advertisement

Kak KM Tak Bersedia Tunai Haji

Menurut Kak KM, dia masih memerlukan masa untuk mempersiapkan diri sebelum menunaikan rukun Islam kelima itu.

Pada masa sama, dia turut menyatakan hasrat untuk mula menutup aurat sepenuhnya selepas pulang daripada mengerjakan haji.

“Ustazah Asni ada cakap, dia doakan kami pergi buat haji sama-sama.”

“Aku jujur, aku belum bersedia. Niat aku kalau balik haji, aku nak pakai tudung.”

“Tak sesuai la kalau nak teruskan imej begini. Orang dah panggil aku hajah KM.”

Kak KM Minta Netizen Bersabar

Dalam pada itu, Kak KM percaya dirinya juga akan berpeluang menunaikan ibadah haji apabila tiba waktunya.

Katanya, dia memilih untuk bersabar dan percaya mungkin belum sampai masanya untuk menerima panggilan tersebut.

“Sabar lah, mungkin belum masanya dipanggil untuk menunaikan haji.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-11-06 16:52:05

Adik Neelofa, Athisha Khan Umum Berpisah Dengan Suami, Minta Privasi Dan Elak Spekulasi

“Imej Aku Macam Ni, Tak Sesuai La” – Kak KM Akui Belum Bersedia Tunaikan Haji, Pasang Niat Tutup Aurat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts