KDN Lancar AI DIgital Human – Ingin Pertingkat Kecekapan Penyampaian Maklumat Kepada Rakyat

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 14 Sep 2026 10:30:49

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan pelancaran AI Digital Human. Seperti pada namanya, ia berteraskan kepada teknologi kecerdasan buatan, dan KDN berhasrat untuk terus mempertingkatkan penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat melaluinya.

Menggunakan AI Digital Human, para pengguna boleh terus berinteraksi dengan wakil maya KDN, seterusnya mendapatkan jawapan untuk pelbagai perkhidmatan melibatkan bidang kuasa dibawah kementerian tersebut. Perkhidmatan ini dilihat sebagai salah satu pelengkap kepada saluran penyampaian, dan bukannya untuk menggantikan peranan sesiapa.

Melalui gambar yang dikongsikan melalui media sosial, ia dilihat menggunakan avatar Menteri KDN dalam menjawab persoalan kepada pengguna. Ia juga menyokong komunikasi dalam pelbagai bahasa, iaitu dalam 12 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, dan Bahasa Arab.

Info penuh berkenaan bagaimana untuk mengaksesnya dijangka akan dikongsikan dalam masa terdekat kelak.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts