“Jangan Jadikan Saya & Hanis Sebagai Pasangan Idola” – Hairul Azreen

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 28 May 2026 13:32:52

Pelakon Hairul Azreen menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu menjadikan rumah tangganya bersama Hanis Zalikha sebagai ‘pasangan idola’ kerana setiap hubungan ada cabaran tersendiri.

Menurut Hairul, kunci utama kebahagiaan mereka adalah komunikasi yang baik, selain menjaga kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam perkahwinan.

Advertisement

Masalah rumah tangga alhamdulillah okey, asalkan kita ada komunikasi bagus sebab saya tak ambil tahu dan tidak tahu apa jadi dekat orang lain.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha

Dalam masa sama, Hairul berkata dia dan Hanis kini lebih fokus kepada keluarga serta saling menyokong minat masing-masing, termasuk perniagaan Hanis dan penglibatannya dalam Hyrox.

Bagi saya jaga diri sendiri dan isteri, asalkan kalau ada benda yang salah faham kami berbincang. Lebih banyak berkomunikasi yang bagus, susahlah ada gaduh-gaduh yang besar. Sekarang masing-masing dah faham tanggungjawab. Lebih fokus pada itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Hairul berkata demikian selepas disoal tentang pandangan apabila ramai netizen menjadikan rumah tangga mereka sebagai rujukan dan dia berharap hal itu tidak dilakukan secara berlebihan.

Janganlah (jadikan idola). Tak ada manusia yang sempurna, jadi setiap orang akan tahu macam mana nak buat yang terbaik untuk keluarga dia.

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Hanis zalikha allergy
2025-04-09 16:48:53

"Penyakit Orang Kaya.." - Netizen Simpati Hanis Zalikha Ada Alergik Sinaran Matahari, Badan Bengkak Dan Gatal-Gatal

“Jangan Jadikan Saya & Hanis Sebagai Pasangan Idola” – Hairul Azreen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts