by Oh! Semput
Industri semikonduktor global mencatat sejarah apabila hasil suku kedua 2026 melonjak kepada USD425 bilion (~RM1.717 trilion), peningkatan 31.4% berbanding suku sebelumnya, menurut laporan terbaru Omdia.
Malah, jumlah keseluruhan hasil terutamanya dipacu cip memori yang mendapatĀ permintaan tinggi daripada sektor kecerdasan buatan (AI) setakat separuh pertama tahun ini sudah pun mencecah USD752 bilion (~RM3.03 trilion).

Segmen pasaran memori merentas pelbagai jenis cip memori. mencatatkan rekod dalam hasil semikonduktor yang menjadi teras kepada lonjakan ini.
DRAM, NAND dan NOR menyumbang lebih separuh daripada keseluruhan hasil denganĀ masing-masing mencatat rekod tertinggi.
Permintaan AI telah mengubah keseimbangan bekalan dan permintaan, sekali gus melonjakkan harga cip memori ke tahap luar biasa.
![]()
Namun, Omdia berkata, bukan hanya memori yang berkembang pesat.
Komponen bukan memori turut mencatat pertumbuhan lebih 10% suku ke suku, jauh melebihi pola bermusim biasa sekitar 3%.
Mikroprosesor (MPU) pula meningkat 16%, didorong oleh peranan pentingnya dalam infrastruktur AI.
Omdia menjangkakan hasil semikonduktor akan melepasi USD500 bilion (~RM2.02 trilion) pada suku ketiga 2026, menjadikan jumlah keseluruhan hasil industri semikonduktor global bagi tiga suku pertama 2026 melebihi USD1.25 trilion, sekitar 50% lebih tinggi daripada keseluruhan tahun 2025.
Malah, Omdia turut menjangkakan, keadaan pasaran industri ini akan terus kukuh dengan rekod hasil suku tahunan yang terus meningkat.
{suggest}
Hasil Industri Semikonduktor Global Pada Separuh Pertama 2026 Sudah Melepasi ~RM3 Trilion WISER.MY.