Google Uji Pembayaran Kepada Penerbit Kandungan Sekiranya Kandungan Digunakan Dalam AI Mode, AI Overviews Atau Gemini

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 14 Sep 2026 17:00:35

Google kini dilihat menguji sebuah ciri baharu melibatkan perkhidmatan dan ciri kecerdasan buatan mereka, iaitu membayar para penerbit kandungan sekiranya kandungan mereka digunakan dalam paparan di AI Mode, AI Overviews atau pada Gemini. Google melabelkan perkara ini sebagai “AI Contribution” atau “Sumbangan AI”, dan dilihat diuruskan melalui Google Search Console.

Buat masa ini, beberapa penerbit terpilih menerima akses kepada ciri berkenaan. Dengan langkah ini, para penerbit kandungan masih boleh menjana pendapatan melalui Google, walaupun tidak menerima klik daripada pengunjung yang mencari sesuatu informasi berkenaan.

Google masih pada peringkat ujian rintis untuk ciri ini, dan pelbagai perkara masih menjadi tanda tanya, termasuk adakah ia akan terhad di beberapa buah negara sahaja, dan bagaimanakah bentuk pengiraan bayaran untuknya. Namun, untuk sejumlah penerbit kandungan, pengenalan ciri ini mungkin melegakan mereka pada era AI kini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts