by Oh! Semput
Gangguan yang menyebabkan laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses buat sementara waktu berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.
Perkara itu dimaklumkan Bank Rakyat menerusi kenyataan terbaharu, susulan makluman kepada pelanggan semalam berhubung gangguan akses laman web korporat berkenaan.
Bagaimanapun, institusi perbankan itu menjelaskan gangguan tersebut hanya melibatkan laman web korporat dan tidak menjejaskan sistem serta operasi perbankannya yang terus berjalan seperti biasa.
Bank Rakyat turut memberi jaminan bahawa data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan kekal selamat serta tidak terjejas sepanjang gangguan itu berlaku.

Sementara kerja-kerja pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pengguna masih boleh menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif yang disediakan, termasuk laman web iRakyat di https://irakyat.com.my, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.
{suggest}
Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas – Bank Rakyat WISER.MY.