“Kami Tak Suka” – Fattah Amin Digelar ‘Kayu’, Datin Patimah Kurang Gemar Netizen Perlekeh Anak Saudara

by Oh! Semput


2
SHARES
25
VIEWS
Posted on 31 Jul 2026 06:32:44

Isteri kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mendedahkan pelakon Fattah Amin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan keluarganya.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu komen di Threads apabila Patimah menjelaskan Fattah merupakan anak saudara kepada suaminya dan mempunyai hubungan dua pupu dengan anak mereka, Syamsul Yusof.

Advertisement

datin patimah

“Betul, Fattah Amin dua pupu dengan Syamsul (anak) dan merupakan anak saudara Yusof (suami).”

Patimah tampil memberikan penjelasan itu selepas seorang pengguna media sosial mendakwa Datuk Yusof Haslam merupakan bapa saudara kepada aktor berkenaan.

@fattahamin

Adik mano ni be.. kawe dok tgk cermin je tuu Live malam ni di account @Amira Othman dan @Emiera HQ jam 9 kalau nak dapat cermin yang korang tunggu-tunggu ni okay. ?

? original sound – ERA – ERA

Dalam pada itu, Patimah turut meluahkan rasa kurang senang dengan segelintir pihak yang sering mengkritik kemampuan lakonan Fattah.

“Kami juga tidak suka jika dia digelar kayu.”

Perkongsian tersebut sekali gus menjawab persoalan segelintir netizen yang sebelum ini tidak mengetahui hubungan kekeluargaan antara Fattah Amin dan keluarga Datuk Yusof Haslam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Salima habibi
2026-07-31 10:48:26

"Dulu P Ramlee Yang Cari Musang Berjanggut, Sekarang Rakyat Malaysia" - Salima Habibi

“Kami Tak Suka” – Fattah Amin Digelar ‘Kayu’, Datin Patimah Kurang Gemar Netizen Perlekeh Anak Saudara first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts