by Oh! Semput
Paparan had bulanan BUDI95 yang menunjukkan jumlah 150 liter kepada sebahagian pengguna berpunca daripada ralat teknikal semasa kerja penyelenggaraan sistem.

Foto: Threads @aerolhafiezi
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, insiden berkenaan berlaku sekitar jam 11 malam tadi dan telah dikenal pasti serta diperbetulkan sejurus selepas itu.
MOF turut menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat terhadap kuota bulanan BUDI95 yang diberikan kepada penerima yang layak.

Foto: Threads @adam_baharum
Dalam pada itu, MOF memberi jaminan akan terus memastikan pelaksanaan program subsidi bersasar tersebut berjalan dengan lancar dan teratur demi kepentingan rakyat.

Foto arkib: Bernama
MOF turut memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul susulan ralat teknikal berkenaan.
: Facebook Kementerian Kewangan