Aplikasi MyGOV Bakal Tawarkan Penstriman Langsung Piala Dunia FIFA 2026

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 05 Jun 2026 11:00:27

Aplikasi MyGOV bakal menjadi salah satu platform tambahan bagi rakyat Malaysia untuk menonton siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2026.

Kementerian Digital dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan bahawa ciri penstriman perlawanan akan diperkenalkan dalam aplikasi MyGOV menjelang kejohanan berprestij itu.

“Menjelang kejohanan Piala Dunia FIFA 2026, aplikasi MyGOV akan memperkenalkan penstriman perlawanan yang dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pengguna yang telah berdaftar dengan Mydigital ID akan dapat menonton secara siaran langsung menggunakan peranti mudah alih masing-masing, selain platform siaran sedia ada,” kata kementerian itu.

Pengumuman ini dibuat ketika aplikasi MyGOV mencatatkan lebih 2.2 juta pengguna sejak diperkenalkan pada Ogos 2025. Setakat ini, aplikasi itu menyediakan akses kepada 51 perkhidmatan daripada 19 agensi kerajaan melalui satu platform bersepadu.

MyGOV turut mengintegrasikan pelbagai perkhidmatan kerajaan secara berperingkat termasuk MySejahtera, MyJPJ, PriceCatcher, Portal Manfaat serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, platform tersebut akan terus dipertingkatkan bagi meningkatkan prestasi sistem dan pengalaman pengguna, selain memperluaskan integrasi perkhidmatan kerajaan secara berfasa.

Namun begitu, maklumat lanjut mengenai pelaksanaan siaran langsung Piala Dunia FIFA 2026, termasuk liputan perlawanan dan bentuk akses yang akan ditawarkan masih belum diperincikan setakat ini.

{suggest}

Aplikasi MyGOV Bakal Tawarkan Penstriman Langsung Piala Dunia FIFA 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts